Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak

Berendam Di Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak.

Assalammualaikum,

Jumaat lepas 17 April 2015, KM poie bercuti ke Sungkai Perak. Apo yang ado kek Sungkai tue? haaa nielah nak cerito nie haa. Kat Sungkai ada satu tempat beriadah yang dikenali dengan nama Hot Spring Sungai Klah. Tempat nie memang popularlah di Negeri Perak, Kalau orang Perak tak tau tak dapek sey nak nolong eh doh. Tapi KM akan story mengenai Hot Spring Sungai Klah di post akan datang. Post kali ie KM nak cerita tentang Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak.

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak

Ramai mungkin tidak tahu di kawasan Sungkai, Perak selain Hot Spring Sungai Klah , terdapat satu lagi destinasi pelancongan menarik iaitu air terjun bertingkat Sungai Tisong. KM pun baru tau bila google mengenainya. Kawasan air terjun ini terletak di perkampungan Orang Asli Sungai Tisong yang jaraknya kira-kira tiga kilometer daripada Hot Spring Sungai Klah dan dikenali Pusat Perkelahan Sungai Tisong. Dikatakan Air terjun Sungai Tisong mempunyai jeram bertingkat dengan air yang jernih mengalir dari Banjaran Titiwangsa membentuk takat terjun.

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (3)

Mungkin ada kawasan perkelahan yang lain tapi biras KM bawak di kawasan nie. Dia tahu kawasan nie pun kawanya yang bawak. Untuk sampai ke kawasan air terjun itu, KM menempuh jalan agak kecil hanya muat untuk sebuah kenderaan. Bawak pun kereta slow-slow aje.

Sepanjang perjalanan, kita boleh melihat secara dekat rumah dan aktiviti masyarakat Orang Asli yang ramai menghuni sepanjang jalan nak ke kawasan air terjun nie.

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (2)

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (7)

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (4)

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (9)

Memang seronok mandi kat sungai nie. Air sejuk jernih dan bersih amat. Kami yang mandi kena hati-hati kerana air sungai agak deras dan bongkah batu yang banyak. Memang seronok, KM yang dah lamo tak mandi sungai nie pun teruja turut sama join mandi.

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (5)

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (6)

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (8)

Air Terjun Sungai Tisong, Sungkai Perak (10)

Kawasan nie masih tak terusik pun. tak jauh dari sungai nie ada beberapa buah rumah orang asli. Sesekali ternampak orang asli berkumpulan membawa bakul serta joran ke dalam hutan, poie memancing agak eh.

Kalau korang ke Hot Spring Sungai Klah, keluar awal sikit dan singgah dahulu di air terjun nie. Kalau tak tahu jalan buleh tanya orang. Ramai orang berniaga sepanjang jalan nak ke Hot Spring Sungai Klah nie.



14,948 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Monalisa : trempat nie tersorok sikit, hanyak org kampung aja yang tahu. Kalau bertanya pasti diorang tunjukan 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Selamat Tahun Baru 2016My Profile

  2. monalisa says:

    Ramai pengunjung x?..ke kawasan sunyi?..sbb x nmpk entrance air terjun

  3. Kamal Mustafa says:

    @Titan : Seronok Bro… sesekali bawaklah orang rumah berjalan jauh sikit huhuhu 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Pengomen Mantap Bulan April 2015My Profile

  4. titan
    Twitter:
    says:

    aduh..kat perak.

    jauh la plakkk nun disanaaa..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top