Tentang KM

Tentang Kamal Mustafa

Kamal MustafaAssalamualaikum, ‘KM‘ adalah singkatan dari nama Kamal Mustafa.  Dalam blog nie korang boleh panggil KM aje ok. KM lahir dan  di besarkan di Port Dickson Negeri Sembilan, pada akhir tahun 70-an. Pada ketika tue  Superman, Spiderman, Transformer, Thundercats, Gaban memenuhi siaran TV Malaysia untuk tatapan  anak-anak muda remaja masa tue.

Hidup membesar dengan adat pepatih bersama sanak saudara  sudah 5 keturunan di Negeri Sembilan dimana  Ayah dan Omak  KM berketurunan Minang ” Cumo den ajo yang tak pandai bahaso minang”. Kecuali atuk sebelah ayah berasal dari Kedah.

Asal Usul kamalmustafa.com

Kamalmustafa.com diwujudkan sekitar 2 tahun yang lalu, apabila dunia heboh dan menggila dengan blog dan macam-macam laie. Blog nie berkisar tentang  KM, minat KM, dan apa sahaja yang KM rasa nak ceritakan dalam blog nie.

Pekerjaan Kamal Mustafa

KM bekerja sebagai kerani selama 15 tahun. Masih tidak mengeluh laie. Mungkin kerana KM suka bekerja dalam bidang nie. Meminati Penyanyi lagenda  dari USA Patti Labelle, menonton filem , dan gemar memasak.

Jika korang tidak memahami beberapa posting blog KM ini mungkin kerano,

(1) Tata bahasa dalam blog  den nie berterabur, bukan apo lebih kepada pertuturan harian.

(2) Perkataan “den”  dalam blog ini merujuk kepada aku, dalam dielek bahasa Negeri Sembilan dan banyak digunakan dalam blog nie.

(3) Atau mungkin korang yang bermasalah kot hu…. hu….hu

Hubungi Kamal Mustafa

Sekiranya korang ingin menghubungi KM, korang boleh email KM di itsmekm2011@gmail.com atau mengisi borang yang KM sudah siapkan disini. Insyaallah KM akan cubo membalasnya.

P / s:  Korang boleh meninggalkan komen,  atau apapun tentang blog KM di sini ok. Terima Kasih kerana mengunjung blog KM nie. Salam 1 Malaysia

Penafian :

Segala gambar dan artikel di dalam blog Kamalmustafa.com adalah diperolehi dari laman web dan juga dari koleksi peribadi pemilik blog.

Sekiranya ada gambar yang disiarkan didalam blog ini milik anda dan anda TIDAK MENGIZINKAN gambar anda disiarkan di dalam blog Kamalmustafa.com, sila email KM dan KM akan mengeluarkan gambar tersebut dengan serta merta.

pihak KM memohon maaf atas perkara tersebut.

5 thoughts on “Tentang KM

  1. Pingback: Format Surat Rasmi Terkini | Contoh Surat

  2. Pingback: Contoh Surat Serah Kuasa Hak Penjagaan Anak. | Contoh Surat

  3. Woah! I’m really enjoying the template/theme of this website. It’s simple, yet effective. A lot of times it’s challenging to get that “perfect balance” between usability and appearance. I must say that you’ve done a excellent job with this. Also, the blog loads very quick for me on Internet explorer. Excellent Blog!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>