17 Tip Mudah Penggunaan Petrol Yang Efisyen Dan Ekonomik

Harga minyak naik lagi!!!!. Itulah antara kejutan yang diterima oleh rakyat Malaysia dan sering menjadi topik kontroversi.Kenaikan harga petrol amat dirasai bagi mereka yang melibatkan diri secara langsung dengan sistem pengangkutan harian. Apa yang pasti,ia pasti disusuli dengan kenaikan harga barangan asas yang lain. Sekali lagi ditegaskan, amat sukar untuk membendung kenaikan harga ini memandangkan ia berkaitan dengan faktor global. Jesteru itu bagi menghadapi realiti kenaikan harga petrol ini, kita harus melihat kedalam diri dan mengubah cara kehidupan kita seharian.

Berikut adalah beberapa tip atau cara yang boleh digunapakai bagi penggunaan petrol kenderaan secara efisyen dan ekonomik.

#1 – Pastikan enjin kenderaan anda berada dalam kondisi mekanikal yang baik. Jangan abaikannya, lakukan servis bila tiba masanya.

#2 Talaan (tuning) enjin harus tepat mengikut yang disyorkan oleh pengeluar. Pastikan penapis udara dan minyak berada dalam kondisi bersih bagi melancarkan pengaliran udara. Penapis udara boleh menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 10 peratus.

#3Tekanan angin dalam tayar hendaklah sentiasa cukup. Pemeriksaan tekanan angin dalam tayar boleh dilakukan seminggu sekali atau mengikut kekerapan penggunaan kenderaan. Kekurangan tekanan angin dalam tayar menyebabkan kenderaan menjadi berat dan mengganggu kelancaran pergerakan yang menyebabkan impak penggunaan petrol yang tinggi. Biasanya tayar akan kehilangan 1 psi angin dalam sebulan kerana melalui permukaan jalan berlubang dan sebagainya. Jika satu tayar kurang tekanan angin sebanyak 2 psi, akan meningkatkan 1 peratus penggunaan petrol.

#4Periksa keadaan brek, pastikan ia tidak terheret antara kaliper brek cakera. Keadaan sedemikian bukan sahaja peningkatkan penggunaan petrol, malah memendekkan jangka usia sistem brek anda.

#5 – Tumpuan juga harus diberikan kepada penjajaran (alignment) yang sempurna terhadap stereng dan juga suspensi.

#6 Matikan enjin kereta jika anda berhenti untuk tempoh masa yang agak lama. Sama ada untuk menunggu seseorang atau kerana urusan peribadi.

#7 Baiki atau perbetulkan apa jua kerosakan pada badan kenderaan. Kerosakan ini menyumbang kepada proses heretan aerodinamik yang meningkatkan penggunaan petrol.

#8Elak memulakan kenderaan secara tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak secara maksimum. Lakukan pergerakan kenderaan secara beransur-ansur, terutama di awal pagi di kala perjalanan harian baru bermula.

#9 Jaga dan selaraskan had kelajuan kenderaan anda. Pastikan ia berada dikelajuan yang stabil (maintain) dan kekalkan dengan tahap kelajuan tersebut. Dalam pemanduan lebuhraya, 50 peratus kuasa dari enjin digunakan untuk mengatasi aerodynamic drag. Manakala pemanduandalam kelajuan 90 km/j ke atas akan meningkatkan penggunaan petrol 15 peratus pada kelajuan 10Okm/j dan 2 peratus pada kelajuan 11Okm/j. Namun ini tidak bermakna pergerakan perlahan menjimatkan minyak, kerana kelajuan 50km/j juga meningkatkan penggunaan minyak. Justeru pemanduan dalam kelajuan konsisten lebih menjimatkan.

#10 – Selalu buat ramalan mengenai situasi kesesakan lalu lintas agar dapat mengelakkan diri daripada terperangkap. Demikian juga mengelakkan dari melalui jalan yang banyak lampu isyarat jika ada jalan opsyen lain. Petrol dapat dijimatkan sehingga 10 peratus jika tidak melalui jalan yang sesak.

#11 – Pandu dalam kondisi gear yang paling tinggi, elak enjin terheret dek kerana penukaran rii enjin gear rendah dan tinggi. Penggunaan minyak paling efisyen sewaktu enjin berfungsi antara 1500 hingga 2500 rpm. Bagi kenderaan bertransmisi automatik, anda haruslah sentiasa mengaktifkan atau on fungsian overdrive bagi menjimatkan minyak!.

#12 Rancang setiap perjalanan. Jika anda perlu berhenti atau singgah di beberapa tempat, rancang laluan yang paling efisyen yang boleh membantu pergerakan lancar kenderaan anda, ambil kira keadaan lalu lintas satu-satu laluan.

#13 – Rata-rata kenderaan hari ini dilengkapi oleh sistem audio seperti radio. Gunakan kaedah atau informasi untuk mengetahui laluan lancar dan situasi laluan ke destinasi yang anda tujui.

#14Kosongkan ruang but belakang anda dari sebarang muata,n yang tidak perlu. Berat beban muatan tersebut akan meningkatkan penggunaan petrol. Pertambahan berat sehingga 50 kilogram akan meningkatkan penggunaan petrol sehingga 2 peratus.

#15Guna tayar nipis. Maknanya tayar yang mempunyai kelebaran minimum. Tayar yang nipis kelebarannya akan cepat berpusing dan secara tidak langsung menjimatkan penggunaan petrol.

#16Minimumkan Penggunaan penghawa dingin. Pengoperasian sistem penyejukan udara meningkatkan penggunaan petrol sehingga 10 peratus. Namun dalam kelajuan 80km/j, penggunaan penghawa dingin lebih menjimatkan petrol berbanding tingkap terbuka.

#17Kongsi kereta! Jika ianya praktikal.

583 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Box Bayi says:

    Wess Makasih banget Mind, nanti tak ikut nyoba kali aja bisa..

  2. zik says:

    barang2 bonet belakang.. kena kosongkan.. kalau jalan2 dekat nie… ada efek jugak tuh..
    zik recently posted…Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium!My Profile

  3. Mus
    Twitter:
    says:

    fuh.. banyaknya aku kena ubah ni..
    Mus recently posted…Mengajar Anak Belajar OrigamiMy Profile

  4. mancai says:

    tukar kereta dengan menggunakan enjin hybrid… sekadar pendapat

  5. akubiomed says:

    Nampak gaya kena cari kenderaan yang mempunyai kecekapan pengunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi enjin

  6. PakarBuahPinggang says:

    salam admin,

    Baguslah tip yang admin kongsikan.Sememangnya kenaikan harga barang disebabkan meningkatnya harga minyak sangat terasa terutamanya dari golongan berpendapatan rendah.
    PakarBuahPinggang recently posted…Kanser Pundi KencingMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top