12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah 12 jenis makanan kegemaran Rasullulah SAW. Sudah tentu semua makanan ini ada khasiatnya yang tersendiri. Nak pula dalam bulan Ramadhan nie bermacam-macam makanan diluar sana. Seharian berpuasa mulalah letih, lesu, lenguh-lenguh badan. Elok ambil makanan sunnah berikut semasa bersahur dan berbuka puasa. Banyak khasiatnya.

12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW - FULL

1. Barli – Bijirin yang dikenali umum sebagai “barli” sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil “air mata Nabi Ayub” dalam bahasa Inggeris (Job’s Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama “barli” atau “barli mutiara Cina”. Bagus untuk demam jika dibuat sup.

Barley in a bowl, isolated on white

2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. Buah kurma mengandungi banyak khasiat. Nak tahu antara khasiat buah kurma boleh lihat disini. Buah kurma juga antara makanan popular bila tiba bulan Ramadhan.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 2 - Kurma

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Ada yang mengelarnya sebagai Buah Ara. Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antara tumbuhan terawal yang ditanam manusia. Antara khasiatnya ialah boleh mengubati buasir.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 3 - Buah Tin

4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980’an. Antara khasiatnya ialah membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 4 - Anggur

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria, mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 5 - Madu

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya. Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 6 - Tembikai

7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 7 - Susu

8. Cendawan – Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun. Cendawan baik untuk mata dan perancang keluarga.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 8 - Cendawan

9. Minyak Zaitun – Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir. Minyak zaitun berupaya merawat kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 9 - Minyak Zaitun

10. Delima – Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari.Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei. Antara khasiat Melindungi jantung, Menurunkan kadar kolesterol, Mencegah dan mengubati kanser, mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer dan mencantikan kulit. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. Buah Delima dapat membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 10 - Buah Delima

11. Cuka – Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :”Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 11 - Cuka

12. Air – Minuman terbaik. Amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW 12 - Air

Sila share dengan rakan yang lain.

Kredit Info : facebook.com/pages/Ceria-Worldwide

4,694 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Makanan sunnah nie sangat elok diamalkan dalam pemakanan seharian.
    Kamal Mustafa recently posted…12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW.My Profile

  2. akubiomed says:

    Saya ambil Qaseh Gold sempena bulan puasa kerana ia mengandungi ramuah sunnah didalamnya.
    akubiomed recently posted…Menerima kedatangan tetamu di hari pertama berpuasaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top