10 Juta Pencarum KWSP Tiada Penama.

KM Antara 10 Juta Pencarum KWSP Tiada Penama.

Rasanya KM adalah antara 10 Juta Pencarum KWSP Tiada Penama. Rasanya KM dah isi penama untuk KWSP masa mula-mula daftar dulu. Baru-baru nie KM ada dapat penyata KWSP dan dalam penyata itu tercatat “pencarum ini belum ada penama“. Ah sudah. Kena juga pergi Pejabat KWSP nie.

10 Juta Pencarum KWSP Tiada PenamaTerperanjat juga KM bila terbaca artikel dari utusan.com.my mengenai perkara nie. mengapa perlu letak penama untuk KWSP korang boleh baca artikel dibawah nie.

KUALA LUMPUR 17 Jun – Lebih 10 juta daripada 13.69 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini gagal menamakan penama akaun mereka sekali gus mengundang masalah kepada proses pengeluaran caruman apabila berlaku kematian.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, setakat ini hanya 3.51 juta pencarum mempunyai penama berbanding jumlah pencarum aktif kini iaitu 6.44 juta.

Sehubungan itu, beliau menyeru pencarum yang belum lagi menamakan penama agar segera berbuat demikian bagi memudahkan kaum keluarga melaksanakan urusan pengeluaran caruman jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

Sebab Pencarum KWSP Tiada Penama.

“Antara sebab pencarum tidak meletakkan penama mereka mungkin kerana mula-mula mencarum, mereka belum berkahwin, itu antara sebabnya.

“Kadang-kadang mereka tidak fikir apa yang akan berlaku kepada diri mereka. Kemalangan tidak berbau, kita tidak akan menyangka kita boleh meninggal pada waktunya,” kata beliau kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi di KWSP di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, meskipun KWSP masih belum mewajibkan penamaan tersebut tetapi untuk kebaikan, kemungkinan pihaknya akan menolak borang permohonan caruman pemohon yang tiada penama pada masa akan datang.

Pencarum KWSP Tiada Penama Bertindak Sekarang.

Katanya, buat masa ini, mereka boleh menamakan penama masing-masing melalui borang penamaan yang terdapat di semua 60 kaunter KWSP seluruh negara atau melawat laman web MyEPF di http://www.kwsp.gov.my untuk keterangan lanjut.

Artikel Penuh

Kredit Info : utusan.com.my : 10 Juta Pencarum KWSP Tiada Penama.

652 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Hafiz Rahim : Boleh buat melalui online rasanya.
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 93 – Pedih Biji MataMy Profile

  2. hafizrahim says:

    nak buat penama leceh..nak kena pegi pejabat kwsp..orang pun ramai..mungkin kalau boleh buat melalui online, ramai yang akan buat penama

  3. KiD
    Twitter:
    says:

    ekau dah tukar penama ke nama eden tak? hehheee

  4. jajas says:

    saya salah seorang dari mereka…

  5. akubiomed says:

    Ia adalah data statistik yang membimbangkan kerana pernah ahli keluarga mengalami membuat tuntutan KWSP apabila penama tidak dilakukan.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top